Saturday, November 26, 2011

Apa itu Gothic?

Assalamualaikum kepada para pembaca semua.
        
            Entri pada malam ini berkisarkan tentang Gothicism. Saya amat tertarik untuk mengutarakan isu ini kerana pada petang tadi, ada seorang hamba Allah yang menghantar pendapat yang tak berapa bernas kepada saya tentang gambar gothic saya.


          So, Entri pada kali ini saya akan mengupas dengan lebih lanjut tentang perihal gothic. Apa itu Gothic? Budaya? Seni? Fashion? atau salah satu fahaman yang menyembah Syaitan? Ok, tanpa melengahkan masa lagi, saya akan teruskan dengan penerangan.

Apa itu Gothic?
             Dari segi sejarah, Gothic bukanlah seperti yang kita kenali sekarang. Memang benar pada suatu masa dulu, Gothic bukanlah satu cabang aliran music atau fashion. Sebaliknya, Gothic lebih kepada satu medium ideologi. Gothic sebenarnya berasal dari "VisiGoth", yang merupakan nama salah satu puak barbari dari Jerman, puak yang menghuru-harakan Kerajaan Rome ketika itu.
         
Puak Visigoth

             Ideologi tersebut terus berkembang secara sekular ke dunia artistik, dengan penggayaan yang gelap dan gloomy dan boleh dilihat pada senireka bangunan-bangunan zaman pertengahan abad, seperti di Andalusia dan Sepanyol. Puak VisiGoth ( atau Gothic ) mula melebarkan ideologi mereka ke seluruh benua Eropah, dari Scandinavia hingga ke Russia, dan mereka juga bermigrasi keserata dunia dan meninggalkan ideologi seni mereka.

Bangunan Gothic terbesar; Central Milan, Italy

              Manakala definisi Gothic secara budaya ( culture ) bagi pencinta Gothic adalah sebagai gambaran depresi, marah, kelam, benci, sedih kecewa dan kegelapan. Semua perasaan ini dijadikan sebagai satu budaya, trend dan music.

Perasaan Sedih

            Gothic juga mendapat tempat dihati peminat music melalui genre mereka tersendiri. Dengan tona yang mendayu, mellow, gloomy dan lyric yang penuh diisi dengan perasaan benci dan sedih. Eropah merupakan tempat mulanya berkembang music Gothic ini bilamana wujudnya Xandria, Theatre Of Tragedy dan beberapa lagi.

Xandria


Theatre Of Tragedy

            Music genre ini pada awal kemunculannya, sering dikaitkan dengan amalan "Satanisme" dan mengajar sifat membenci dalam diri. Namun pandangan negative itu dapat ditangkis kerana setiap lyric lagu dalam genre Gothic ini lebih kepada kesedihan dan depression diri. Lyric seperti ini dapat dilihat melalui band Goth seperti Lacuna Coil, Professional Murder Circle, H.I.M dan banyak lagi.

Lacuna Coil; Our Truth lyric

            Tapi, musik genre ini terdapat pula pecahannya. Seperti Gothic Classic, Gothic Metal, Symphony Goth Metal dan banyak lagi pecahannya yang tidak saia nyatakan disini. Namun, Gothic tidak cenderung ke arah black metal ataupun satanic. Dan kerana berbeza dalam pecahan ideologi dalam music gothic, ini membuatkan halatuju dan genre'nya berlainan dengan black metal seperti Cradle Of Filth, Dimmu Borgir.
               
               Selain musik, orang akan merujuk gothic kepada fesyen. Kebiasaannya, golongan gothic, atau kita boleh panggil mereka "goth" akan selalu memakai pakaian yang bewarna gelap dan bercelak. Tapi disebaliknya, golongan gothic bebas memakai apa saja warna pakaian dan tidak terbatas memakai pakaian yang gelap. Hal ini kerana, "goth" berfikiran bebas. Ada yang mengatakan pakaian gothic ini melanggar syariat islam. Tapi bagi saya pakaian tidak melambangkan apa-apa. Sudah jelas dinyatakan dalam hadis yang diriwayatkan Rasulullah SAW bahawa,"Allah tidak pandang paras rupamu, Allah tidak pandang hartamu tapi Allah pandang hatimu". Saya bukan nak menidakkan syariat islam, tetapi hanya nak memberi pendapat.

Cybergoth

Gothic Lolita

              
             Di samping itu, pelbagai persoalan dan tohmahan yang menyatakan adakah "goth" ini berpegang pada satu agama saja atau mereka tidak beragama. Ingin saya jelaskan disini, gothic bukanlah sesuatu yang merujuk kepada kepercayaan tetapi ianya merujuk kepada budaya. "goth" boleh mengamalkan apa-apa jua agama atau kepercayaan. Memang tidak dinafikan, SEGELINTIR "goth" ini yang tidak beragama dan menyembah syaitan tapi tidak semua yang begitu hanya SEGELINTIR saja yang dimana segilintir itu tidak memahami apa itu gothic yang sebenarnya. 

Prinsip Gothic sebenar


            Konklusinya, jangan menilai orang dari apa yang dizahirkannya tanpa mengetahui apa yang ada di hatinya. Bak kata atuk saya, dia orang putih tau;"Don't judge a book by its cover" huahuahua....

Admin: 
Jangan nak ikot sesuke aty jer nak copy bnde ni.... penat sy menaip tau... thanks for reading.. ^_^

Inspired by   : Puteri Lavender
Dedicate for : Goth


1 comment:

  1. saya minat dengan pandangan dan idea post ini. tapi satu soalan saja sy nak tanya, mengapa pilih gothic sbg life style? why?

    saya ingin tahu cerita anda.

    sent to: syamiligers@gmail.com

    tq

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...