Friday, April 05, 2013

I Do Love You Without Doubt, my A.U~ =)

I'm Officially Yours

            Bila saia ingat balik 1st time saia kenal ina saia memang tak sangka yang ina akan jadi sebahagian dalam hidup saia... Bukan sebahagian lagi tapi segenap hidup saia ialah ina... Ina inspirasi saia untuk berjaya... Ina lah arkitek teragung yang mampu mengukirkan senyuman di bibir saia walau hanya dengan mesej2 Ina... Biarpun mesej itu hanya sekadar abjad atau angka yang membentuk perkataan yang  melahirkan frasa2 yang cuma klise di pancaindera.. Namun itu semua sudah terlebih cukup bagi saia...  Kadangkala hanya gambar maya abstrak yang menjadi pengantara penghipur lara... Namun itu juga sudah cukup memecah keheningan diri saia yang selama ini ibarat darah yang keluar dari salurnya... Ina ibarat platelet yang setia menutup semua luka saia... Ina memang cukup sempurna untuk saia... =D


The thing dat I do when I miss You (NO hp during PLKN)

             Time saia menjalani PLKN dulu, saia selalu sangat nak balik... Bukannya apa, saia cuma nak mesej an Ina setiap masa... Waktu kat PLKN, hp cuma dibagi malam jumaat pastu malam ahad dah hantar balik.. Kadang2 malam sabtu baru mereka pulangkan hp... Memang susahla saia nak mesej an Ina kalau camtu... Waktu hp tak da kat tangan saia, saia rasa tak da mood nak buat everything.. Saia just termenung n sometime buat grafiti kat tangan n kertas... So lame!!! >,< Kalau berterusan macam ni memang 100% saia layak untuk menjadi warga Hospital Sentosa... Haish... Tapi bila difikirkan balik memang ada hikmah disebaliknya... Baru la saia sedar kehadiran ina penting sangat untuk saia setiap masa... =')
           

Boringnya xda Ina (100plus jadi teman)
p/s: jauhi arak... 100plus kan ada ;)

          Malam tu, untuk pertama kali saia kena marah an Ina... Ina cakap Ina tak nak disama tarafkan an perempuan lain... Sebenarnya saia tak pernah sama tarafkan Ina an perempuan lain... Taraf Ina paling tinggi n istimewa bagi saia... Tapi Ina tak percayakan saia... Ina cakap biarlah kita jadi kawan je... Saia tak nak semua tu... Saia memang nakal tapi saia sayang ina... Ina jugak cakap dulu kita memang banyak persamaan then sekarang minat kita berbeza... Bagi saia persamaan tak penting tapi  perbezaan lagi penting... Kalau semua minat sama, macam tak best je couple macam tu... xda warna warni... Perbezaan la yang menyatukan kita sebenarnya... Contohnya jantina kita... Ina perempuan n saia lelaki... Takkan la saia nak kawen an lelaki mestilah saia pilih perempuan... =D


Jangan ambik gambar kami la... malu xD

              Walau macam manapun saia terangkan kat Ina tapi Ina tetap jugak an pendirian Ina... Saia dah tak boleh paksa Ina... Terpaksala saia hormat pendirian Ina... Ina suruh saia berjaya dulu then baru la jumpa Ina... Saia mungkin boleh berjaya kalau Ina ada di samping saia... Tapi hakikatnya sekarang Ina jauh n saia sorang2 je kat sini... Macam xda harapan je nak berjaya... Saia xnak jadi orang yang gagal... Nanti xdapat nak bawa ina pergi tengok Eiffel Tower kat Perancis... Saia da janji an Ina nak bawa Ina pergi sana... Kalau tengok keadaan saia sekarang memang bosan la Ina tunggu saia untuk berjaya... Saia bukannya budak pandai yang senang berjaya... Saia just ordinary person with silly imagination... Mungkin berpuluh2 tahun saia kumpul duit untuk bawa ina... Time tu Ina dah rasa "buang karan" je tunggu saia then kawen an orang lain... Hurm... Memang malang la nasib saia... <ApaPunTakBoley> T_T


Waahhh... Sweet =3

             Ina pernah cakap suruh saia cari perempuan lain yang lebih baik dari Ina... Manada perempuan lain lagi yang lebih baik dari Ina... Ina la yang paling baik... Lagipun macam mana saia nak bercinta an perempuan lain sedangkan bila saia tengok je perempuan, terus saia teringat kat Ina... Saia xboleh nak lupakan Ina... I Love You Ina... Really2 Love You...


Hobi saia conteng tangan
*bukan tangan saia* xD

            Btw, saia taip semua ni macam la ina baca... hahahaha... palui2.. Ina xtaw pun saia buat entri ni... Hurmm.. takpala.. Walaupun Ina tak taw pasal entri ni, yang penting saia dah cuba jelaskan apa yang saia nak sangat Ina taw.. Saia akan pastikan Ina jadi cinta terakhir saia sebelum saia mati.. =D


I LOVE ANGELINNA
I Do Love You Without Doubt =)


p/s:Doktorcintauntukmu blog=> Entri Saia Seterusnya

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...