Saturday, April 20, 2013

Kalaulah saia masih ada banyak waktu... Cerpen =)

Kan best kalau dapat macam ni

           Mati itu pasti. Semua orang akan mati tak kira la dia tu kaya, miskin, cantik, hensem, banyak peminat ataupun cuma seorang budak yang comel macam saia ni. Kita tak tahu bila ataupun macam mana keadaan kita bila mati. Tapi kan, kadang-kadang kematian jugak boleh diramal untuk orang yang ada penyakit. Pelik kan hidup ni. Bukan pelik tapi AWESOME~ >,^ *lumrah hidup*

         Dua minggu lepas, saia pergi buat pemeriksaan doktor kat Hospital Timberland sebab saia selalu pening berpanjangan dan penglihatan saia semakin kabur. Saia menjalani beberapa ujian kesihatan termasuk la CTscan. Selepas semua ujian tu, doktor menyuruh saia untuk duduk di lobi hospital sebentar sementara menunggu keputusan ujian saia. Doktor tu namanya Dr. Julian. Saia hanya panggil dia abang Julian sebab dah biasa sangat berurusan dengan dia. Maklum la saia ni selalu diserang asma. Hampir setiap minggu jumpa dia disebabkan penyakit yang sama. Dia seorang doktor yang baik. Dah 10 tahun dia berkhidmat kat Hospital Timberland ni. Dia belum berkahwin lagi walaupun usianya dah 38 tahun. Bukan masalah tak hensem, dia hensem sangat-sangat, lebih hensem dari Kim Hyung Joon. Tapi dia lebih tumpukan kerjaya dia sebagai doktor dan membantu orang. Susah nak jumpa orang yang baik dan ikhlas macam dia.

          "Annas, Annas... Doktor Julian nak jumpa Annas kat bilik dia", panggil seorang jururawat kat situ.  Terkejut saia dibuatnya. Maklum la orang tengah mengelamun. "Okay2, kak gendut", sahut saia. "Haish.. nak kena cucuk la tu", sambil menunjukkan jarum suntikkan kat tangan dia.  "O'oww, kak gendut dah marah la.. haahaha", sindir saia sambil berlari meluru ke bilik doktor. "Huh, leganya.. nasib baik tak kena cucuk tadi", bisik saia sendirian. Saia dah biasa dengan dia. Nama sebenar dia Fifiana Aqillah. Dia tak ada la gendut sangat cuma berisi sikit. 

          "Sshhhiuuuuuuuuuuuut", bunyi tirai dibuka. "Eh, Annas.. Dah sampai pun awak.. duduk la dulu" pelawa Dr. Julian kepada saia sambil membuka tirai yang memisahkan meja doktor dan katil untuk memeriksa pesakit. "Erm, mak cik boleh la keluar dan ambik ubat ea.. Bagi diskripsi ubat ni kat farmasi depan tu", kata Dr. Julian kepada pesakit yang lebih separuh abad yang baru diperiksanya.. "Baikla nak.. Terima kasih la sebab bawa mak cik ke hospital ni dan merawat mak cik tanpa bayaran.. buat susah anak je.. Kalau nak harapkan mak cik sendiri nak pergi hospital ni alamat la nak mati terlantar kat kaki lima tu.. maklumla, mak cik ni bukannya ada duit", jawab pesakit itu sambil memeluk erat Dr. Julian. "Takpa la mak cik, memang dah tugas saia merawat orang kat sini... Saya ni dulu bukannya orang senang macam sekarang.. Dulu saya pun orang susah sebab tu la saya faham kesusahan mak cik", jawab Dr. Julian dengan merendah diri. Setelah semuanya selesai, pesakit tu pun keluar dari bilik Dr. Julian dan pergi ke farmasi.

          "Abang, siapa pesakit tadi tu? Ramah benar abang dengan dia sampai sanggup beri dia rawatan percuma", Tanya saia dengan perasaan ingin tahu. "Kenapa tanya macam tu? salah ke abang buat baik dengan dia?", jawab Dr. Julian dengan persoalannya. "Takda la macam tu bang.. saia cuma nak tahu je.. kot-kot dia tu saudara abang ke", Jawab saia. "Takda la macam tu Annas.. Mak cik tu bukan saudara abang.. Dia cuma seorang penjual tisu kat kaki lima seberang bangunan ni.. Tadi abang nampak dia melalui tingkap bilik ni semasa tengok keputusan ujian CTscan Annas.. abang lihat dia batuk-batuk dan muntah darah.. jadi abang turun kat bawah dan pergi kat seberang jalan tu.. Then, abang papah la dia ke hospital ni.." Jelas Dr. Julian. "Oww, macam tu rupaya.. Terbaik la abang ni.. hehehe", puji saia dengan ikhlas. "Eh, lupa pulak abang nak bagi tahu hasil ujian Annas.. Annas jangan sedih ea.. Ada berita kurang baik ni", kata Dr. Julian. "Kenapa pulak bang?", tanya saia kebingungan. "Sebenarnya.. err.. sebenarnya.....", tergagap-gagap Dr. Julian. "Haish.. cakap je la bang!", jawab saia dengan marah. Tak tahu la kenapa saia marah masa tu. Mungkin terlalu takut dengan reaksi Dr. Julian. "Annas bertenang ye.. berat rasa mulut abang ni nak cakap.. hurm.. sebenarnya........ Annas..... menghidap........ barah otak... peringkat akhir dan.....", jelas Dr. Julian. "Hah!!! Apa ni bang??? ni bukan berita kurang baik.. ni berita lansung tak baik... ni pasal nyawa saia la bang... maksudnya saia takkan hidup lama lah ye??? Saia tak nak mati.. Saia baru je 18 tahun.!! Saia ada banyak lagi benda ingin dilakukan dalam dunia ni.. Saia ada impian! ada cita-cita! ada keinginan dan JANJI yang perlu saia kotakan sebelum nyawa saia dah tak ada lagi la!!!!", marah saia yang tak mahu menerima kenyataan dan saia terus berlari keluar dari hospital tu sambil diiringi dengan linangan air mata yang mengalir..

          Saia berlari dan terus berlari sampai la keletihan dan tak mampu lagi nak melangkah. Saia berhenti di bawah sebatang pokok dan cuba menenangkan diri. Saia merasakan yang saia dah tak da harapan lagi untuk hidup. Semua impian saia selama ni bakal musnah bila-bila masa je dari sekarang. Saia tak kisah kalau saia mati sekalipun. Saia cuma terkilan sebab tak mampu nak lunaskan JANJI saia pada Ina. Saia nak kami sampai ke kota Paris dan menikmati keindahan menara Eiffel tu sama-sama. Itulah janji saia dengan dia sebelum ni. Tapi sekarang, tak mungkin saia dapat nak kotakan janji tu. Duit yang saia kumpul selama ni masih belum cukup lagi nak menampung kos untuk melancong kat sana sedangkan sekarang saia dah tak ada banyak waktu lagi nak kumpul duit. Bila-bila masa je saia boleh mati. Saia merintih dan terus merintih sampaila tiba-tiba telefon saia bedering. Saia menjawab panggilan tu. Rupa-rupanya kawan saia si Anir tu yang call. "Eh, kenapa tak balik asrama lagi ni? kan pagar UiTM ni nak ditutup pukul 9.00 malam ni.. nanti kang ko tak boleh nak masuk lagi dalam ni.. Alamat merempat la ko kat luar tu sampai pagi esok.. hahaha", usik Anir kepada saia."hurm.. yela.. jap lagi aku balik.. dah nak balik la ni", jawab aku. "Eh, kenapa an ko ni? macam ada masalah je? ko ada....", belum sempat Anir menghabiskan pertanyaannya saia pun terus mencelah,"Alaa.. aku tak da apa-apa la.. Ko ni banyak tanya pulak.. yela-yela, aku balik cepat-cepat ni.. bye.. jumpa nanti". Saia terus mematikan panggilan itu dan bergegas balik ke asrama.

            "ngioooooot!!!", kedengaran bunyi pintu asrama yang engsilnya sudah lama berkarat tak berganti... "Haa.. panjang  pun umur kau.. tadi aku call kau, kau putuskan cepat-cepat panggilan tu ea.. kenapa ni? ko ada masalah ke?", tanya Anir kepada saia sejurus saja saia melangkah masuk ke asrama kami. "Panjang umur apa nya, tak lama lagi aku akan mati", bisik aku dalam hati tanpa mengendahkan pertanyaan Anir. "Eh, tak menjawab pulak budak ni.. dah bisu ke? haish... takpa la.. sukati kau la... Annas Annas...", perli Anir lagi yang tidak mendapat respon dari saia. Saia terus masuk dalam bilik dan baring kat atas katil. Tiba-tiba handphone saia vibrate. Saia mengeluarkan handphone saia dari seluar dan membuka security codenya. Rupa-rupanya si Ina yang hantar mesej. "Nash, kenapa langsung tak mesej an saia hari ni? sampai hati nash.. ni mesti lagi sibuk an perempuan lain kan? kan? >,< toyol betul la budak ni!! huh!!" mesej Ina. Saia terus membalas mesejnya dan kami bermesej semalaman;

["Saia: sori la sayang.. tadi saia buat medical check up sebab selalu pening2.. Banyak sangat yang di check Dr. Julian tu.. sebab tu la tak dapat nak mesej an Ina.."
"Ina: Hurm.. yela.. sori sebab pikir buruk pasal nash.. eh, doktor cakap apa tadi?"
"Saia: Dia cakap saia cuma migrain sebab selalu online"
"Ina: Haa.. tu la nash.. asyik stalk gambar saya je kerja dia.. buang karan je~ xD"
"Saia: Biasala.. saia mesti tengok gambar ina selalu baru la happy.. hehehe xD"
"Ina: Yelatu... ehem2... tinggal sepuluh tahun lagi kan nash? nanti bawak saya pergi Paris ea.. Kta tengok Eiffel tower sambil makan aiskrim.. nash belanja.. hehehe =3"
"Saia: Yela2.. nanti saia bawak ina pergi sana n kita makan aiskrim sama2.. haish -,-"
"Ina: yayy.. sayang nash... eh, nash.. saya ngantuk la.. saia tido dulu ea.. *hug2 ketat2*"
"Saia: hahaha.. okay sayang... ina tido la dulu.. gudnite.. sweetdream... *hug2 guling2 sampai pagi esok* xD"]

         Bederai air mata saia malam tu. Tak mampu lagi saia nak tahan tangisan bila saia terpaksa tipu dia pasal penyakit saia lebih-lebih lagi bila dia cakap pasal nak pergi Paris. Macam mana saia nak bawa dia Paris 10 tahun lagi sedangkan saia bila-bila masa je boleh mati. Lagipun saia takda banyak duit nak bawa dia. Saia baru je ambil result SPM hari tu. Tiba-tiba saia terfikirkan sesuatu. Mungkin saia boleh bawa dia ke Paris dengan cara ni biarpun tanpa perlu saia menemani dia. Esok saia akan berbincang dengan Dr. Julian.

KEESOKAN HARINYA;

            "Abang.. boleh saia cakap sesuatu?", tanya saia. "Boleh.. Annas nak cakap apa?", balas Dr. Julian. "Saia nak mintak tolong an abang boleh tak? saia harap abang tak keberatan", tanya saia lagi yang mengharapkan respon yang baik dari Dr. Julian. "Eh, boleh2.. apa pun yang Annas mintak abang akan cuba tunaikan.. Annas da macam adik kandung abang sendiri da...", balas Dr. Julian dengan hati terbuka. "Sebenarnya benda ni payah sikit.....", jelas saia lagi. "Ah.. takpala.. nanti abang akan usahakan.. percayalah.. abang janji.. Annas cakapla", Kata Dr. Julian yang cuba meyakinkan saia. "hurm... sebenarnya saia nak mintak tolong abang pasal kematian saia.. saia harap abang boleh aturkan penjualan organ saia.. bila saia mati nanti, abang jual la organ saia yang masih berfung.....", belum sempat saia menghabiskan kata-kata tiba-tiba Dr. Julian mencelah dengan nada yang marah. "kenapa ni Annas?? Kenapa nak jual2 organ ni semua?? Annas kan tahu abang tak sanggup nak buat camtu kat Annas kan??". "Tapi bang.... tadi abang dah janji nak tunaikan permintaan saia.. cuma ni je permintaan saia bila saia dah tak da nanti dan bila saia dah terhimpit di liang lahad bersama ulat dan cacing yang memamah kulit dan tulang saia nanti!! cuma ni je bang.. cuma ni je..! abang tolong la saia.. saia nak duit tu untuk bawa Ina pergi Paris.. baki selebihnya saia nak abang tolong masukkan ke akaun dia.. saia sayang dia sangat2 bang!!! abang tolong la faham", terang saia lagi kepada Dr. Julian.  "Annas.!!! cukup lah tu..!!", jerit Dr. Julian sambil menarik dan memeluk saia seraya berkata, "Abang dah tak tahu nak cakap apa lagi dah kalau Annas dah cakap macam tu.... Nanti Abang janji akan berusaha tunaikan janji Abang pada Annas... Abang janji Annas". "Terima kasih abang...", ucap saia kepada Dr. Julian.

2 TAHUN KEMUDIAN;

             Tanggal 13 September 2015 merupakan tarikh saia meninggal dunia. Dah dua bulan berlalu semenjak saia meninggal dunia ni.

             "tutt... tuuuuuuttttt... tuuuuuuuuttt... The number that you've dial is not in our service. Please check again the number before you dial it or enter the correct country dialing code", jawab operator komputer dari sebuah syarikat komunikasi. "Eh, betul la nombor yang saya dial ni.. takkan boleh salah pulak.. kan saya dah save nombor ni.. siap dengan nama nash lagi tu". Bisik Ina kehairanan. "hurm, mungkin nash dah tukar no hp kot.. xpala.. call Dr. Julian je la.. nanti boleh la saia tanya no baru nash.. yayyy~" bisik ina lagi. Tanpa berlengah lagi, Ina pun menelefon Dr. Julian;

["Ina: Hello.. Dr. Julian.."
"Dr. Julian: ye.. saya bercakap.. boleh saya tahu siapa ni?"
"Ina: Ni Ina la doktor.. hehehe"
"Dr. Julian: Owh.. Ina.. kenapa call saya ni? Ina ada masalah ke kat Paris tu?"
"Ina: Saya tak da masalah cuma saya tengah cari nash ni.. Saya call dia tapi operator cakap salah nombor pulak sebab tu la saya nak tanya Dr. kot2 ada simpan no baru nash.. Hari tu cakap dia nak datang ke Paris 2 hari selepas saya sampai.. sekarang dah masuk 5 hari saya kat sini tapi batang hidung dia pun saia tak nampak.. haish.."
"Dr. Julian: Owh.. cuba Ina pergi ke Eiffel tower tu dan jumpa penjaga kat sana.. nanti dia jelaskan kat mana nash sekarang.."
"Ina: yela... ni mesti nak surprise kan saya.. hahahaha... okay la.. saya pergi jumpa penjaga tu sekarang ea.. bye"
"Dr. Julian: Goodluck Ina.. bye.."]

"Harap apa yang saya buat ni betul dan dapat buat roh Annas tenang di samping Allah SWT..", bisik Dr. Julian dalam hati.

Eiffel Tower, Perancis;
Penjaga: Hello ma'am... May I get you some favour?
Ina: Sure... Do you know Annas Lavender?
Penjaga: Oh... Him... Yup, I know... I think you must be Ina right?
Ina: Bingo! that's right... Hehe... Now tell me where is him?
Penjaga: Actually, I met him 3 months ago but now I don't know where is him.
Ina: Haaa? What? 3 months ago? What the hell is going on? urghh... He's a liar.. >,<
Penjaga: Hurm.. I don't know.. Btw, he left this letter for you.
Ina: A letter? He tries to pull me around again hahhh? Idiot!~
Penjaga: I  really don't know... Miss... here it's... he told you to read this...
Ina: Huh... Sure I'll... when I meet him, I want to blend him with blender.. >,< thanks sir..
Penjaga: You're Welcome..

        Setelah mendapatkan surat dari penjaga tu, Ina terus duduk menghadap Eiffel tower dan membuka surat itu dengan perasaan geram.

Kehadapan Ina yang TERCINTA,

          Saia mintak maaf kerana buat Ina tertunggu-tunggu saia untuk enjoy sama-sama an saia kat Paris tu. Saia mintak maaf sayang. Saia mintak maaf sangat-sangat. Saia memang tak dapat nak bersama Ina lagi. Waktu Ina baca surat ni, saia nak Ina tahu yang saia dah tak da lagi kat dunia ni sayang. Saia dah lama meninggal dunia. Jasad saia dah tak mampu nak tahan lagi derita penyakit saia.
           Maafkan saia sekali lagi kerana menipu ina pasal penyakit saia. Sebenarnya saia bukannya migrain tapi saia menghidap penyakit barah otak peringkat akhir yang dah tak dapat diubati lagi. Saia tak punya keberanian nak bagitahu  Ina perkara sebenar tentang penyakit saia sebelum ni. Saia tak nak Ina sedih. Saia nak Ina bahagia selalu. Saia nak tengok senyuman Ina di hari-hari terakhir saia kat dunia ni. Saia sayangkan Ina. Saia CINTAKAN ina. Saia ingin sangat nak habiskan hidup saia an Ina dan dapat anak yang comel-comel macam saia. Saia ingin sangat macam tu. Ingin sangat-sangat. Memang bodoh kan saia? 
           Sekarang semua tu cuma tinggal impian.  Takdir cemburu an impian saia sampai tetapkan saia pergi dulu sebelum saia sempat meniti hari-hari indah bersama Ina. Tak sempat la saia nak jelang hari bahagia bersama Ina. Saia pasrah Ina. Saia harap Ina pun pasrah dengan pemergian saia.
             Tapi kan ina, saia dah penuhi janji saia pada Ina. Sekarang saia dah bawa Ina pergi tengok Eiffel tower kat Paris. Mesti Ina tengah menghadap Eiffel tower masa baca surat ni kan? Saia tahu semua tu. Perfectly planned~ Saia dah janji dengan diri saia nak bahagiakan Ina sampai ke akhir daya upaya dan nafas saia. Sekarang saia dah penuhi janji saia sendiri. Saia suruh Dr. Julian jual organ saia yang masih berfungsi untuk penuhi janji saia pada Ina. Saia tak mampu nak kumpul duit lagi sebab waktu saia kat dunia ni singkat je sayang.
          Kalaulah saia masih ada banyak waktu, mesti sekarang ni kita boleh sama hug2, makan aiskrim sambil tengok eiffel tower tu kan?
         Kalaulah saia masih ada banyak waktu, mesti beberapa tahun dari sekarang kita dapat menimang anak yang comel-comel kan?
            Kalaulah saia masih ada  banyak waktu, mesti saia tak perlu nak tulis-tulis surat ni... mesti saia akan guna waktu tu untuk karang puisi cinta untuk Ina kan?
            Malangya saia tak diberi banyak waktu. Hanya singkat je waktu untuk saia bersama-sama Ina di dunia ni. Saia harap, selepas pemergian saia ni, Ina dapat teruskan hidup dengan lelaki baru yang lebih baik dari saia, lebih comel dari saia, lebih kaya dari saia dan yang paling penting dia lebih  mampu membahagiakan Ina dari diri saia ni. Satu lagi perkara yang saia nak bagitahu. Saia dah suruh Dr. Julian masukkan wang ke dalam akaun Ina. Mungkin tak da la banyak mana tapi saia harap duit tu mampu menampung hidup dan membahagiakan Ina. 
               I LOVE YOU SO MUCH SAYANG... Yesterday I've Love You, Now I'm still Loving You and I sure Forever I'll in Love with You~

Ikhlas dari hati ini,
Annas Lavender =D

"Nassshhhhhhhhhhhhhhhhhhh", jerit Ina dengan linangan air mata yang tak mampu lagi menahan sebak di atas kenyataan yang dihadapinya lantas tangisan yang mengalir itu terus membasahi bumi Paris.

TAMAT
...........................................................................................

Note: cerita ni just for suka2 je... takda kena mengena pun dengan diri saia... mungkin ada la kena mengena sikit... hehehe.... apa la saia ni... asyik imagine je kerja time x skolah ni... jangan marah... peace~ >,^

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...