Thursday, June 02, 2016

Catitan Luh Mahfuz


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Pengasihani,


        Mulut mudah mengukir kata tapi dalam hati tak siapa yang tahu. Lebih dari itu, keyakinan kepada Allah SWT harus diletakkan sebagai pedoman dikala lemah dan hilang arah tuju.

            Entri kali ini akan mengimbau tentang kisah Adam Harris, seorang yang periang dan mudah mesra dengan sesiapapun di sekelilingnya. Hendak dijadikan cerita, pada masa itu Adam hanya berusia 21 tahun dan merupakan seorang pelajar di UPM Serdang. Dia merupakan seorang pelajar Ijazah Sarjana Muda Pembuatan Makanan di universiti tersebut. Dalam usianya yang begitu muda, banyak benda yang dia harus belajar tak kiralah dari segi pelajaran mahupun kehidupan.

        Pada awal kemasukan Adam ke universiti, rasa kekok dan susah membiasakan diri tu memang menjadi kebiasaan sebagai Freshman. Tapi kisah Adam ini berbeza sedikit dari pelajar lainnya. Adam yang merupakan warganegara Britain itu hanya mendaftar seorang diri tanpa ditemani keluarganya oleh kerana faktor pengangkutan dan jarak. Walaubagaimanapun kefasihannya dalam berbahasa Melayu memudahkan dia bertutur dengan masyarakat sekeliling dan iras wajahnya yang seakan-akan Melayu itu membuatkan orang yang pertama kali bertemu dengannya tidak akan menyangka Adam sebenarnya berbangsa Inggeris. Ala-ala Melayu Celop gitu.

         Kebiasaan bagi universiti di Malaysia, minggu orientasi adalah minggu penting sebelum para pelajar memulakan kuliah. Pelbagai aktiviti yang Adam lalui pada masa itu. Ada yang menyeronokkan dan ada juga yang membosankan dan memenatkan. Penat memang penat tapi semua tu harus dilalui. Seminggu je pun. Si Adam ok je.

          Ceritanya bermula pada minggu selepas orientasi. Disebabkan adam berbangsa Inggeris, adam tidak layak untuk diserap ke badan beruniform seperti PALAPES. Jadi, Adam diletakkan di dalam Briged Siswa untuk memenuhi ketetapan universiti tersebut yang mewajibkan pelajar untuk terlibat dengan badan beruniform. Briged Siswa ini memang akan sentiasa mengadakan kem Briged Siswa dan setiap pelajar wajib menyertai kem tersebut untuk lulus. Adam yang berbangsa Inggeris  itu pun tidak terkecuali.

        Pada hari Kem Briged Siswa itu diadakan, Adam yang bukan orang tempatan cuba sedaya upaya menyesuaikan diri dengan budaya setempat. Hari pertama kem tersebut, pelajar berkumpul di stesen bas fakulti dan degerakkan terus ke Kem dengan menggunakan bas. Sesampainya di kem, para pelajar dikerahkan ke surau untuk solat maghrib memandangkan waktu itu telah masuk waktu maghrib. Malam itu hujan turun renyai2. Para pelajar berlari anak2 untuk sampai ke surau. Adam pun turut solat berjemaah di surau. Eh, lupa nak cerita, Adam Harris ni islam tau. Alhamdulillah.

        Sehabisnya solat berjemaah, pelajar dikumpulkan di dewan kecik untuk briefing, ice breaking dan pembahagiaan kumpulan. Pada saat inilah Adam ditemukan dengan wanita berkaca mata yang agak berisi badannya. Dalam erti kata lain gemok berpada-pada. Wanita tersebut bernama Suraya Badlishah. Dia merupakan rakan sefakulti Adam. Pada masa ini mereka tidaklah rapat tapi tersentuh jugak lah hati si Adam dengan wanita Melayu yang baru dia kenali. Hehe.

          Setibanya waktu makan, Adam dan kumpulannya makan di dalam bulatan yang sama. Adam yang tak biasa makan makanan pedas merasa tidak selesa dengan sambal belacan. Dia terpaksa mengasingkan sambal belacan dengan nasinya. Maklumlah, kat negara asalnya tiada sambal belacan. Sepanjang kem tersebut, bermulalah crush menyecrush berlaku. Pada mulanya Adam tertarik pada seorang gadis lemah lembut yang bernama Anna. Adam suka kelembutan yang ada pada Anna. Tapi, crush itu tak terhenti di situ je. Si Adam ni lebih tertarik pada si gemok Suraya. Berbeza dengan kelembutan yang dimiliki Anna, Suraya memiliki perwatakan yang samseng sikit, berkaki gajah. Kalau berani, mendekatlah. hahaha. Kesamsengan itulah yang menyebabkan si Adam angau bangau tungau dengan si Suraya. Okay, tutup kisah di kem.

           Sekembalinya Adam ke asrama, Adam dengan segeranya mencari facebook Suraya. Akhirnya dapat jugak. Semuanya hasil dari gambar info yang di snap dari buku Anna. Muehehe. Taraaa.. Detik yang bahagia tiba apabila sejam kemudian, si Suraya menerima Adam menjadi kawan facebooknya. Selepas dari itu, bermulalah sesi komen mengomen post2 antara satu sama lain. Tak cukup dari itu, Adam mula mengorak langkahnya di ws. Mengikut sumber pencerita, bagaimana Adam mendapatkan nombor tersebut tidaklah dinyatakan. Adam pun rasanya tak ingat kot mana dia dapat. hehe.

             Hari demi hari, mereka terus berhubung ws. Terus bertanya khabar, terus bejenaka dan sedar tidak sedar berputik rasa cinta antara mereka. Adam yang menyukai kesamsengan Suraya itu merasa bahagia apabila setiap hari dapat ber ws dengannya. Seperti pasangan bercinta yang lain, mereka pun turut berdating tetapi tidaklah sekerap orang lain. Semua disebabkan waktu kuliah mereka clash antara satu sama lain. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih, si Adam tetap mencari ruang untuk bertemu dengan si Suraya. Begitu jugak dengan si Suraya. Hampir setiap malam meraka akan berada di Student Acticity Centre (SAC) untuk berlajar bersama-sama. Tapi bagi Adam, dia hanya mengambil kesempatan untuk melunaskan rindu yang terpendam pada Suraya. Tak tahu pulak apa yang si Suraya rasa.

            Selain itu, Suraya yang merupakan ahli kelab fakulti Pembuatan Makanan ditugaskan setiap isnin untuk menjaga koperasi fakulti. Dan setiap isnin jugak, Suraya perlu untuk menolak peti sejuk yang berisi daging keluar dari koperasi untuk dijual. Si Adam yang gatal, mengambil kesempatan ini untuk menolong Suraya menolak peti sejuk itu keluar. Niatnya sebab kesiankan Suraya yang terpakasa menolak peti sejuk yang berat seorang diri. Selain itu, di kesempatan itu jugak la Adam melunaskan rindunya dengan Suraya. Hampir setiap hari, Adam dan Suraya mencari masa untuk berjumpa. Pada masa itu mereka sangat gembira.

           Bumi mana yang tak ditimpa hujan. Semanis-manis kurma, terkadang termakan jugak yang pahit(Kurma Yusuf Taiyooob). Cinta yang kelihatan akan berakhir dengan bahagia itu retak dengan tiba-tiba. Semuanya apabila Adam mengetahui wujudnya orang ketiga dalam perhubungan meraka. Walaubagaimanapun, pada ketika itu Adam tidak memberitahu Suraya hal ini kerana Adam mahu memberi masa untuk Suraya menperjelaskannya sendiri. Hari demi hari kesabaran Adam semakin terhakis. Adam mula membuat perangainya. Dia terus mendesak dan akhirnya terpaksa memberitahu sendiri kepada Suraya apa yang dia dah tahu. Kerana amarahnya, Adam memutuskan hubungan mereka. Adam mula memarahi Suraya, menghina Suraya, menyalahkan Suraya atas semuanya. Rasa marah Adam mengaburi kecintaan Adam pada Suraya. Suraya yang bersabar dengan karenah Adam pun bersetuju untuk menamatkan hubungan mereka dengan sepucuk surat.

"Assalamualaikum..

Hai Adam... Saje tulis surat ni nak kenang zaman dulu2. Hmmm... Tak banyak pun aku nak cakap. Cuma aku gembira dengan kau even kadang2 tu rasa annoying, marah, menyampah dengan kau. Benda tu semua bercampur-baur dengan perasaan aku. Salah aku sebab jatuh sayang, cinta dengan kau. Patut kita kawan je dari dulu. Kalau tak mesti kita kawan kan sampai sekarang.
    Aku mintak maaf dengan kau. Ye aku tahu senang je aku mintak maafkan. Dulu aku ego, aku benci kau kongkong aku, aku nak keluar dengan kawan aku pun kau tak kasik. Kau cakap aku berada di titian yang buruk, tunggu masa je nak jatuh. Tapi aku nak kau tahu "bestfriend is my enemy" sebaik mana pun aku dengan orang tu. Aku susah nak percaya dan yakin until dia boleh terima masa silam dan buruk aku. Aku kena dengan kau hampir setahun, tapi aku belum berani lagi nak bagitahu apa2 sebab aku tak yakin. Sejarah mungkin berulang tu yang aku taknak. Heii, akau nanti jumpa kawan baru jangan lupa aku as kawan kau. Kau baik doh, pandai dari segala macam. Kau boleh dapat perfect daripada aku yang tah pape ni. Kau jangan kuat cemburu sangat. Ye aku tahu cemburu tanda sayang. Tapi tak semua benda kita nak cemburu. Semoga kau bijak membuat keputusan. Thanks weh sebab sudi kongsi semua benda dengan aku, bagi aku makan. Halalkan makan minum aku. Ada masa aku belanja kau balik. Yakin dengan semua benda yang kau buat. Aku pernah cakap dengan kau, kalau kau ada orang lain, tak sayang aku lagi, kau boleh lepaskan aku. Aku terima (InsyaAllah).
          Aku sedang cuba bahagikan masa untuk kau, sayang kau tapi tak kesampaian sebab kau cakap kau tak nampak masa depan kita bersama. Lepas ni takdelah aku nak cemburu kau sayang dengan siapakan.. huhuhu.. aku pasti kau akan bahagia tanpa aku. Satu je aku nak pesan, makan tu jangan melampau sangat. Kata dah gemok. Main bola tu hati2, belajar elok2. Aku tahu kau tengah tanggung hutang. Kalau dulu aku ada, aku nak je kongsi dengan kau bayar. Sekarang dah tak. Hmmm... Jangan pernah patah balik dengan apa yang kau dah buat. Past is past k. Aku taknak kau sakit. Haa.. kalau sakit makan ubat. Pape nanti bagitau aku. Aku punya sakit ni tah mcm mana tah. Sayang selamat tinggal. Aku kan pergi buat selamanya. Aku pasti kau akan bahagia tanpaku selamanya.
         BTW, aku tak pernah curang  dengan kau. Sebab kau tak pernah rasa jadi diri aku. Aku bukan menyorok atau sembunyi. Sebab aku nak jaga perasaan kau. Sebab aku sayang kau. Kau buta, kau kaburkan mata kau. Kau tetap dengan pendirian kau. Sebelum cakap aku, kau tanya diri kau. Tepuk dada tanya selera. kau main dibelakang aku, kau tak nampak korban aku. Ye aku memang ada orang lain selain kau. KAWAN.. macam kau jugak. Aku panggil dia sayang macam2 ah. Tapi kadang2 dia ada bila kau tak ada. Kadang2 dia tak ada dengan aku tapi kau ada dengan aku sebab kau dekat. Tapi kau selalu dengan karenah kau. Kau tak dengar apa yang aku nak. kau paksa aku. Aku diam lama2 aku tengok macam mana. Aku doa. Akua tau kau tahu apa yang aku post dekat insta. Tu semua bersebab. Aku dengan alasan aku dan kau atakkan pernah terima dengan apa jua alasan BODOH, BABI aku. Kita ada banyak tahun lagi. Aku want to give a try and go on dengan kau. Tapi aku rasa kau dah tak nak kot. Kutuk je aku lagi Adam. Post apa yang kau nak post. Sebab kau takkan pernah tahu hal sebenar. Aku ajak kau face to face tapi kau taknak. Sebab aku nak cerita pasal ni. Time tu aku dah bersedia. Tapi bila kita baik balik aku jadi takut nak cerita. Sebab sayang aku tak curang.. okay aku tahu kau takkan pernah faham aku.. tu je lah... aku doakan kau bahagia..

Yang benar,
Suraya Badlishah"

         Malangnya Adam baru terbaca surat itu yang terselit di laptopnya.. Adam menangis dan menyesal. Hidupnya jadi tak menentu setelah mengetahui kebenaran ini. Adam sangat kesal dengan perbuatannya yang mendustakan kesetian Suraya. Tapi malangnya ketika itu hati Suraya telah nekad untuk tidak kembali kepada Adam. Walaupun adam merayu, Suraya tetap dengan keputusannya. Suraya tak mahu lagi dengar apa2 dari mulut Adam. Suraya taknak Adam terus desak dia. Kalau Adam terus desak dia, dia takkan anggap Adam sebagai kawan dan akan melupakan terus si Adam. Tapi  bagi pihak Adam, dia nak Suraya tahu isi hatinya walaubagaimana sekalipun. Dia menulis sepucuk surat untuk suraya tapi dia tak penah hantar kerana takut Suraya akan meninggalkan dia.

"Assalamualaikum... (xjawab xpe, xwajib)

Hai Suraya.. aku nak mintak maaf sangat2 atas apa yang aku buat dekat kau...Disebabkan amarah aku, aku hina kau, aku caci kau, aku maki kau... Maafkan aku, aku manusia, terkadang tu aku terlalu ikut perasaan... Dari awal lagi kau tak pernah salah.. aku yang salah.. aku yang gatal.. aku yang bukak ruang hati aku untuk kau.. semua tu sebab aku.. maafkan aku sebab aku tak pernah faham kau, tak pernah dengar apa yang kau nak cakap sebelum ni.. rasa marah aku menutup kewarasan fikiran aku...  aku sayang kau................................................

--------[akan bersambung]-------

*p/s: takde ke mengena dengan yang hidup mahupun yg meninggal dunia...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...